Friday 29 June 2012

~ Indahnya Syaaban ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Tanpa kita sedar hari ini dah masuk hari kesembilan di bulan Syaaban.. Alhamdulilah... Allah masih mengizinkan kita hidup di muka bumi ini. Syukur Ya Allah..


Sebenarnya, saya nak share dengan kawan-kawan mengenai satu artikel saya baca di Iluvislam.com mengenai fadilat di bulan Syaaban. so, sebagai perkongsian untuk kita. Saya rumuskan mengikut fahaman saya la yer.hehe..


Bulan Rejab merupakan bulan yang mana berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa di mana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menerima perintah mengerjakan solat lima waktu. 
Bulan Syaaban pula berlakunya peristiwa diantaranya adalah:
terjadinya peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qomar ayat 1 turunnya perintah penukaran qiblat dari Masjidilaqso ke Masjidilharam sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 144 dan turunnya perintah supaya bersholawat ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56




إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersholawat keatas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya(surah al-Ahzaab: 56) 

Malah jika kita mampu untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah yang lain  seperti solat sunat  tahajud, puasa maka  kita boleh memperbanyakkan selawat. 


So kawan-kawan, sebagai peringatan untuk diri saya juga, marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah  صلى الله عليه وآله وسلم .




Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya



Semoga segla kebaikan dan ibadah kita diterima ALLah..Insya Allah..




oh yea...Saya ada satu puisi nak sharekan lagi..hehee..( banyak pulak kan)..saya suke puisi ni.dan maksudnye amat mendalam kalau kita fahami.=).Puisi ni pun dipetik dari iluvislam.

Salam dihulur setulus bicara
Sejahtera ke atasmu sebagai hamba
Moga kita masih berada di bawah rahmatNYA
Yang Maha Pengampun Maha Berkuasa.
Asif Jiddan andai bicara Hawa
mengganggu Adam mencuri masa
Sungguh mujahadah ini memandu Hawa
Menyusun bicara meluah rasa.
Untukmu Adam
Yang amat Hawa hormati
Usah ditanya mengapa Hawa pergi
Usah disoal mengapa Hawa menjauhi
Usah jua dimusykilkan hati
Mengapa Hawa menjarakkan diri.
Untukmu Adam tiada benci
pada perilaku dan peribadi
Saat ini Hawa Hijrahkan diri
Mengatur langkah mendidik hati
Cuba bermujahadah menongkah budi
Mencari sinar yang didambai
Lantas usah didukai
pengislahan diri.
Mujahadah ini mengajar Hawa
Mempersiapkan diri meraih taqwa
Menjadi insan yang lebih sempurna
Dan menginsafi khilaf butir bicara
Agar kalamnya selembut sutera
Bak sekuntum Az-Zahra
Yang harumya menyenangkan jiwa.
Di jalan damai ini
Harus Hawa siapkan diri
Mengadun amal menyantun budi
Agar menjadi nisa' berakhlak tinggi
Mahmudah terpuji  hiasi peribadi
Zahir dan batin tiada sangsi
Harapku jua
Pada mu Adam agar bersama
Di jalan mujahadah ini kita melangkah
Usah berleka dek kealpaan dunia
Persiapkanlah diri, hati dan jiwa.
Semoga di suatu ketika
Diri mu menjadi imam kepada Hawa
Membawa Hawa di jalan yang sama
Di atas hamparan kehidupan yang tersedia
Hanya kerana Allah
Kita bertemu
Jua hanya keranaNya
Mujahadah hati ini akan bersatu.
Andai lafaz sakinah itu bukan takdirnya
Pada hati harus pasrah
Jiwa harus tabah
Ini suratanNYA
Pasti akan ada hikmahnya
Usah kecewa
Kerana niat utama sebuah hijrah
Hanya kerana Allah semata
Berdoalah, bersyukurlah
Agar hati sentiasa kerana ALLAH.
Moga untuk Adam pendamping an-nisa'
Adalah yang terbaik kurniaanNya
Dan moga untuk Hawa
Adanya sentuhan Rahmah
Dari yang Esa Pemilik Cinta
Menguatkan hati pada segenap rasa
Agar hati yang bemujahadah
Sentiasa berkilau dalam kasih sayangNya
Menjadi permata yang berharga
Untuk Ummah dan Agama.
Harapan dan doa diiringi
Moga jua hubungan ini
Akan sentiasa dirahmati  Rabbi
Sunnguh, hanya kerana Ilahi
Mujahadah ini diharungi.
Akhir kalam daripada Hawa
Untuk Adam lafaz bermadah
Yakinlah..
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis fitrahnya
Semoga haruman mujahadah ini
Akan sentiasa mengharumi
Taman perjuangan kita!




let's we think together.=)..Salam..





Friday 22 June 2012

~ Save the date : 140 days more~

Bissmillah....

Save the date? for what? why 140 days?married? engaged?..

nope....sebabnye adalah : 

huhu...pernah tak jadi macam nih?



bukan pernah tapi selalu jadi macam nih.hehee. selalu salahkan pemberat sebab terlalu berat,kihkihkihkih....lawak kan..apa nak buat, kita bukan kurus pun orangnyer.hehehe. 

140 hari untuk kuruskan badan. sebenarnya bukan la taksub sangat nak kurus tapi atas-atas sebab tertentu kena jugak kurus.heheee..

kenapa nak kurus?

bagus betul soalan.sebab aku tanya aku jugak yang jawab . hehehe



1: nak kuruskan badan sebenarnya salah istilah tu,  paling tepat  nak "kurangkan" berat badan. hehe. reason paling utama sebab nak jadikan BMI( body mass index) pada paras normal..bukan OVERWEIGHT..huhuhu..sekarang nih over weight tau tak.kihkihkih (gelakan diri sendiri) ..tak bagus.dah la nak masuk keje dah. klu BMI tak okey mcm mana??..tinggi cume 153cm berat lak $$kg 
(tak nak dan tak kan bgtau.hehehe) .oishh..memg la overweight kawan2... tak kan tak de inisiatif untuk masalah nih. wah memula overweight pas tu obesity type 3..errr........huhuhu..takutt....

2. Sebab nak elakkan daripada dapat penyakit2 yang disebabkan "overweight" nih. Contohnyer  : sakit lutut bila naik tangga..dah macam orang tua dah...
pas tu sakit lutut sebab berdiri lama( tak la lama pun) bila berdiri lama. macam mana nak keje nanti kalau berdiri sekejap pun kaki dah lenguh. Nanti, dekat Emergancy Department baru nak rhesus patient kita yang collapse dulu. hahahahhaa..cepat mengah ( letih) wei..nak dengar cite tak? hehehe...
 tak la cite cuma satu bukti yang menuunjukkan betapa "berat" diriku ini.hehee.. Kasut baru jer beli 2 minggu, tapi tapak dah pecah.sebelah kanan jer pulak tuh sebab berdiri dengan lama kat dalam wad. Masa tu posting kat wad orthopedik ( tulang). Dah la mahal  ( tak de la mahal sangat tapi masa tu kan student kalau rm 50 keatas dah kira mahal.hehee)  baru pakai dua minggu dah rosak.Melayang ka ching..ka ching lagi. $$$ hehehhe..


masa nih lagi la gemuk.hehe..oh tidak.... (+_+) 


3. Amalkan gaya hidup yang sihat..chewahh..hehehee..yer sebab diet tu sebenarnya bukan tahan diri daripada makan dan terus makan tapi mengawal cara pemakanan di samping mengamalkan senaman yang regular. dulu memang malas nak senaman.kawan2 ajak joging mesti TAK join.sebab MALAS...nanti sakit lutut.hehe..dulu, ceh,,asyik kisah dulu jer,hehee.. dulu tahan lapar.sanggup makan makanan ringan untuk elak nasi.tapi sebenarnya nasi jauh lebih baik dari makanan ringan.  Tiap2 petang walaupun tak pergi joging kita boleh main badminton ke tak pun paling2 malas wat2 la rajin kemas2 rumah,lipat2 baju, basuh pinggan, menanam. ,mesti mak sayang.sebab RAJIN.hehehe
memandangkan saya jenis tak suka makan apa2 supplement, 
so saya lebih prefer pilih jalan2 nature macam nih. 



elakan makan kek selalu.hehhee..( tapi kek nih sedap).sebab kek org bagi..=p hehehe




4.  Senang nak cari seluar dan size yang sesuai.hehehehe.disebabkan "drumstick" la tak leh nak cari seluar yang sesuai.huh!!..stresss  wei..nak2 time raya..sale banyak.rugi2. hehee


yang Penting sekali, apa2 yang kita nak buat mesti pasang niat yang betul. sesungguhnya saya nak turunkan berat demi kesihatan saya, tak nak sakit2 tu jer.. hehehehe... peace...(^_^)


alamak..... nak sambung lipat baju nih.hehehe..Assalamualaikum... tak sabar nak tengok hasil 140 days nanti .=p.. save the date..  we wait and see.










Monday 18 June 2012

Rindu kamu









Karma sebuah kehidupan seorang manusia. Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.. Sama seperti setiap yang hidup di muka bumi ini pastinya akan mati.


RINDU..itu yang pasti dirasai selepas berpisah dengan kawan-kawan setelah 3 tahun bersama - sama menjalani kehidupan sebagai Pelatih Pembantu Perubatan. Selama itulah macam -macam dilalui..Gaduh, bermasam muka, gembira,kecewa, sedih, tawa, duka, airmata, kejayaan, kegagalan. Kesemua dirasai bersama.


Fitrah seorang manusia, apabila kehilangan baru rasa untuk dihargai. Jujurnya, kadangkala diri ini tidak sesempurna untuk menjaga hati kawan-kawan. Khilaf dan kelemahan diri ini banyak menyusahkan kawan-kawan. Maaf atas kesilapan diri ini.


Kawan- kawan, terima kasih atas kegembiraan bersamaku dan aku pohon kemaafan atas kesedihan yang dialami. Pahit getir kehidupan ku tempuhi selama ini bersama kalian menjadikan aku lebih mengerti kehidupan ini. Menjadikan aku lebih dewasa menjalani kehidupan. Mengajar aku membina ukhwah dengan orang di sekeliling.






Kawan-kawanku , tidak aku dapat ku membalas jasa kalian cuma aku mendoakan kesejahteraan kalian di dunia dan akhirat. segala memori kalian bersama aku abadikan sebagai kenangan terindah.














my beloved








chit chat friends


keluarga 75.happyn always


kawan kontrakku yang Baik2


my housemates tingkat 2 bilik 2


Them


the girls

Wednesday 13 June 2012

~Photoshoot on Beach ~



Hai kawan...Best kan kalau boleh snap semua view yang menarik dan cantik untuk disharekan.hehe..Puas hati sangat2 kalau snap pictures pastu pictures tu cantik..rasa berbaloi.. So, hari ni  nak share dengan kawan2 yang sudi baca blog ni gambar2 yang sempat shoot untuk tatapan anda semua. Thank You..=)

Since, i Love beach, i decided for had a snapshoot on Beach during waited Sunrise. .Hopefully  korang suka. Walaupun tak la secantik mana tapi nak jugak kongsi dengan korang.hehhe.


Kitaorang bangun awal pagi semata2 nak ambik gambar tau..


langit seawal 7.19 am.










ala..banyak pula nk upload.kejap2..nak edit..tggu tau..heheeee






























ha....cantik kan....keindahan Alam.,,kalau dah pro mesti lagi best leh ambik...hehe..so kat sni nak share jugak gambar yang kami ambik.hehee












Sunrise dah tgk kan? nih pulak pic sunset..tak la jelas tapi boleh la..CANTIK...










blog nih asyik letak gambar je kan..ayatnyer cikit jer..hehe..apa nak wat dah memang suka snap.. ni antara pic yang disukai...


rafidah and amira friends 4 ever...


dari sebuah jendela...






a few step to be...




kamera terpaksa digantungkn sebab nak wat istana pasir yang tak menjadi.hehee.




perkara wajib kalau pegi pantai.hehee




ombak...nice..=)


okey..tu jer pic yang boleh dikongsi.hehe..seronok dan puas hati sangat-sangat bila kita sendiri tunggu dan snap gambar..walaupun kepanasan menanti munculnya mentari. Pasni plan nak wat photoshoot kat bukit atau gunung.hehhe okey..jumpe lagi..=) Assalamualaikum...

Friday 1 June 2012

~ Majlis Aqiqah Amni ~

Assalamualaikum.....hurm........bercuti sakan yer..hehee.letih naik bas pun tak habis lagi..sangat la penat...long journey... Keratong --------> Marang----------> Keratong -----------------> Seremban. back pain rase..nak demam pun rasa..huhu..


Update kali ni nak cite pasal Majlis Kesyukuran Amni.huh...akhirnya baru leh update setelah cuti sekian lama..baru 2 minggu je kot.hehee..


Sebenarnya malas nak cite panjang2. Biar gambar jer menceritakan segalanya...chewah..hehehee..






Untuk tatapan anda semua.=)




comel kan?mmuahhh...


Malam sebelum Kenduri, kami adik beradik gotong royong. rebus telur, siapkan cenderahati, buat bunga rampai...








sibuk jer si Abqari tuh..aish.....




bunga rampai versi anak dara yang buat..wangi!.hehe


amni pun join.hehee


Keesokan harinya : 20/ 5 / 2012




ini untuk acara majlis cukur jambul.


inilah hasil deko kak long..hehe...simple but nice.=)


dah macam kenduri kawen dah...


ni la Puteri kecik comel :


cantik tak bju saya?hihi
The Events :
masa nih, ustazah bagi Amni makan kurma..
ni pulak bagi minum air zam-zam


eh,,,sempat lagi amni tido..isk3.Yang ni cukur jambul..

Acara berendoi...=)


tido anakku sayang..=)


A few snapshoot : 


oreo and teddy loli choco..sedap..=)


amboy3..mak cik kholi dengan amni...sama2 lentok kepala..


tembam kan si budak kecik tuh..aish..geram.!


pak teh dengan amni...


orang2 kampung..terima kasih sebab tolong.=)
selamat hari Ibu..kek sponsered by Mak njang..sedap...nyum3..


Amni....sangat comel kan..hehee...Ramai orang datang kenduri ni sebab setelah sekian lama menanti cucu perempuan akhirnya...Alhamdulilah rezeki..Mak Jah ( mak mertua Kak Long) akhirnya memiliki cucu perempuan yang pertama setelah memiliki 14 cucu lelaki...hurm......ramai kan hero2 malaya.hehee...

Di kesempatan ini, Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu...Terima Kasih atas pengorbanan dan jasa. Kasih Ibu membawa ke syurga..=)...

okey..so, tu je update kali ni..bubye.....=)