Tuesday 24 July 2012

~ Ramadhan~

Bismillahirrahmanirrahim.. In the name of Allah and The Most Gracious and The Most Merciful. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan And Salam for All readers.

Day 4 of Ramadhan.

~ Alhamdulilah. masih diberi kenikmatan untuk menyambut Ramadhan 1433 H. Syukran Ya Allah. so, kawan-kawan. Macam mana hari-hari sebelum nih? untuk yang berpuasa bersama keluarga mesti bestkan. mcm aku jugak.hehee. Dah lama tak sambut Ramadhan bersama family. Kawan-kawan yang tak dapat sambut puasa dengan family jangan la sedih. adat di perantauan la kan..=p). nanti InsyaAllah.diberi kesempatan jugak. hihi.saba ek..

Yeah.1 day puasa memang la meriah.adik beradik semua balik kecuali abang. Ada komitmen keje. .rumah dah macam wat kenduri. Tapi  kitaorg still berpuasa dengan sederhana. Ya la.Abah orang nyer sederhana je. Tapi.... dalam kegembiraan tu teringat... Tahun ni masuk tahun kedua berpuasa tanpa Arwah kakak. Rindu pasti ada. Al-Fatihah......

hm...semua orang dah tau niat puasa kan.




Banyak fadilat pada bulan ramadhan ni.jom kita upgradekan amalan kita. dari tak baik kepada baik.dari baik kepada lebih baik.. kan.kan.kita cuba!


Yang ni nak share dengan korang.Jom.amalkan yang ni:



Doa dan amalan ketika mengambil wudhuk

1)   Ketika berkumur niatlah “ Ya Allah ampunkanlah  dosa mulut dan lidahku
*hal ini kerana bercakap perkara yg tidak berfAEDAH


2) ketika membasuh muka niatlah "Ya Allah pancarkan nur di wajahku di akhirat kelak."
*hal ini kerana ahli syurga mukanya berseri2..


3) ketika membasuh tangan kanan niatlah " Ya Allah semoga aku menerima buku amalan ku pada hari akhirat dengan tangan kanan."
*ini adalah kerana ahli syurga menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan..


4) ketika membasuh tangan kiri niatlah " Ya Allah janganlah aku menerima buku amalanku di akhirat kelak dengan tangan kiri."
*ini adalah kerana ahli neraka menerima buku amalan mereka dengan tangan kiri..


5) ketika membasuh kepala niatlah " Ya Allah lindungilah aku dari panas terik matahari di padang Mahsyar."
*ini sebab mase diakhirat nanti panas dekat padang Mahsyar same mcm matahari sejengkal kat kepale kite..na'uzubillah..


6) ketika membasuh telinga kite niat "Ya Allah kau ampunilah segala dosa2 telingaku."
*hal ini kerana stiap hari kite mendengar perkara2 yg melalaikan..


7) ketika membasuh kaki kanan niatlah "Ya Allah permudahkanlah aku melalui titian sirat pada hari akhirat kelak."
*hal ini kerana ahli2 syurga dapat melalui titian sirat dengan pantas..


8) ketika membasuh kaki kiri pula niatlah "Ya Allah kau permudahkanlah aku pergi ke tempat2 yg berfaedah dan yg Engkau redhai."
*hal ini kerana qada' dan qadar kita di tangan Allah..



InsyaAllah..ok. tu je nak share. Salam Ramadhan. =)

hye readers, Thank You.





2 comments: